Relive RLIR 2020Updated 470 days ago

Regatta Bukan Sekadar Perlumbaan

Langkawi – Kejohanan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) yang dianjurkan setiap tahun Kelab Pelayaran Diraja Langkawi (RLYC) bukan hanya sekadar acara sukan biasa sebaliknya penganjurannya telah memberi rangsangan positif kepada pembangunan industri maritim yang terdapat di sekitar Pulau Langkawi dan negeri Kedah.

Langkawi – Kejohanan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) yang dianjurkan setiap tahun Kelab Pelayaran Diraja Langkawi (RLYC) bukan hanya sekadar acara sukan biasa sebaliknya penganjurannya telah memberi rangsangan positif kepada pembangunan industri maritim yang terdapat di sekitar Pulau Langkawi dan negeri Kedah.

Pengurus kanan kejohanan itu, Abdul Rahman Mahani berkata kejohanan bertaraf antarabangsa itu yang mampu mengumpul antara 30 hingga 40 kapal layar dari seluruh dunia telah banyak membuka peluang perniagaan kepada pengusaha industri maritim tempatan.

"Langkawi mempunyai beberapa pusat baik pulih kapal yang mampu menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan lengkap yang diperlukan oleh sesebuah kapal layar.

"Kebanyakan pemilik kapal yang mengambil bahagian pada kejohanan RLIR mengunakan peluang ini bagi membaik pulih atau menyelenggara kapal mereka," katanya kepada Bernama di sini pada Sabtu.

Abdul Rahman berkata, yuran pelabuhan di RLYC adalah lebih murah berbanding dengan kos yang perlu dibayar di pelabuhan lain juga telah menarik minat mereka (pelayar luar) untuk berlabuh lama di sini.

"Apabila dibandingkan yuran pelabuhan di sini, kos di RLYC adalah lebih rendah daripada Singapura, Filipina, Thailand dan Hong Kong," katanya.

Beliau berkata selain untuk aktiviti sukan pelayaran penganjuran RLIR juga secara tidak langsung mampu mempromosi Langkawi sebagai hab-pelayaran termurah di rantau ini.

Sejak RLIR mula diperkenalkan pada tahun 2003 pihak penganjur merasa bangga dan berterima kasih kepada agensi kerajaan dan beberapa syarikat swasta yang telah banyak memberi sumbangan bagi menjayakan kejohanan tersebut.

"Namun untuk menganjurkan kejohanan pelayaran yang benar-benar hebat kita perlu berusaha dengan lebih gigih lagi dan bantuan lebih daripada pihak kerajaan dan syarikat swasta amat diperlukan," katanya.

Abdul Rahman berkata sekiranya ingin menganjurkan kejohanan pelayaran yang yang hebat, kos yang diperlukan adalah besar iaitu sekurang-kurangnya RM1.5 juta.

"Kita harap badan korporat khususnya syarikat tempatan berminat untuk menjadi penaja rasmi yang boleh dijadikan sebagai ikon perlumbaan kapal layar bertaraf dunia ini," katanya.

Beliau berkata contohnya di Amerika Syarikat, syarikat jam tangan terkemuka telah menjadi penaja rasmi bagi Kejohanan Regatta di sana.

"Kita juga boleh mengikut cara mereka bagi memajukan sukan ini disamping mempromosi produk barangan tempatan dengan syarat produk tersebut memenuhi kualiti antarabangsa," katanya.

Edisi RLIR bagi tahun hadapan dijadual berlangsung 8 hingga 15 Januari 2010 dan pihak RLYC selaku penganjur sentiasa mencari kelainan bagi mengangkat RLIR sebagai kejohanan pelayaran terhebat di rantau ini.

RLIR news / subscribe to receive daily updates