PRESS 2008
40 Pasukan sertai RLIR
14 DEC 2007 - BERITA HARIAN BACK TO PRESS LISTING
Sebanyak 40 pasukan dijangka bersaing pada edisi keenam Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) yang bakal berlangsung dari 5 hingga 11 Januari tahun depan.
Regatta anjuran Kelab Perahu Layar Diraja Langkawi (RLYC) itu bakal melakukan perubahan pada laluan perlumbaan kali ini, iaitu dari jeti Kuah mengelilingi Pulau Dayang Bunting dalam masa enam jam, berbeza dengan laluan sebelum ini iaitu tiga hari di perairan terbuka dan sehari di jeti Kuah.
Namun, laluan baru itu hanya mampu dijalankan sekiranya keadaan cuaca baik dan ia mungkin diubah sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan.
Bagi Pengurus Besar RLYC, Wicky Sundram, ini adalah kali pertama kejohanan RLIR menggunakan laluan baru dan dia yakin ia mampu dijalankan berdasarkan ramalan cuaca yang agak baik di Langkawi ketika ini.
"Kami menganggarkan tiupan angin selaju 15 hingga 20 knot ketika kejohanan berlangsung, dan ia amat sesuai dengan perlumbaan kapal layar," kata Wicky dalam sidang media RLIR, semalam.
Tarikan utama RLIR sudah pasti dalam kategory kelas perlumbaan bagi merebut trofi Cabaran Perdana Menteri, dengan pasukan juara bertahan, Quantum Racing yang dikemudi Ray Roberts dijangka ditentang sengit juara tiga kali, YO! yang dikemudi Peter Ahearn.
09 - 14 JAN 2011
THANK YOU FOR RACING WITH US!
Share Your FeedbackWEATHER
Official Weather Forecast for RLIR 2012
Weather Routing Inc. Create Your SeaWeather Account for RLIR 2012 »RACE VIDEOS
REGATTA PRESS
NEWSLETTER
ABOUT
Royal Langkawi International Regatta 2012 is organized and hosted by the Royal Langkawi Yacht Club.
Email us at
office(at)langkawiregatta.com
Jalan Dato Syed Omar
07000 Kuah, Langkawi
Kedah, Malaysia
Tel +60 4 966 4078
Fax +60 4 966 5078
