PRESS 2005
Regatta: Gaya Hidup Pelayar Moden
FEB 2005, UTUSAN MALAYSIA BACK TO PRESS LISTING
Kuala Lumpur, 12 Februari 2004 - Apa istimewanya sukan kapal layar atau regatta? Bagi yang belum mencuba sukan ini pasti tidak manganggap tiada apa yang menarik selain memaksa pelayar bermandikan terik mentari di tengah laut.
Atau mungkin juga ada yang beranggapan sukan ini mudah. Apalah sangat cabarnnya untuk menggerakkan kapal menggunakan layar dengan bantuan tiupan angin di tengah lautan, kata mereka. Hanya dengan melabuhkan layar, kapal akan meluncur pada kelajuan mangikut kadar tiupan angin.
Segala telahan itu nyata meleset kerana sukan kapal layar sebenarnya cukup menarik dan mencabar.
Ini diakui oleh wartawan media cetak tempatan yang diberi peluang melayarkan perahu layar di perairan Kuah, Pulau Langkawi baru-baru ini sempena BMW Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) 2005 di Langkawi, mulai hujung bulan ini.
Program Bengkel Gaya Hidup Pelayar Media anjuran BMW Malaysia Sdn. Bhd. selama sehari itu memberi peluang kepada lima wartawan media cetak termasuk dari Utusan Malaysia merasai pengalaman sebenar melayarkan perahu layar.
Sebelum memulakan pelayaran, wartawan diberi taklimat ringkas. Penerangan lebih tertumpu kepada teknik mengawal layar berpandukan arah tiupan angin.
Selesai taklimat, dari jeti Royal Langkaiw Yacht Club, Kuah (RLYC) wartawan dibawa menaiki kapal layar yang disewa khas dari syarikat kapal layar terkenal, Sunsail di sekitar perairan Kuah sambil diberi penerangan praktikal.
Ketika ini, wartawan masih berpeluang menikmati keindahan pemandangan persekitaran Langkawi kerana kapal bergerak dengan bantuan enjin meluncur laju ke kawasan Pulau Bunbun seterusnya berlabuh sebentar di Pantai Selat Pancur. Dari situ perjalanan pulang menuju ke jeti RLYC bermulalah cabaran sebenar apabila wartawan diberi tanggungjawab mengemudi kapal tanpa bantuan enjin.
Berasaskan pengetahuan singkat sewaktu sesi taklimat, wartawan memulakan tugasan secara berpasukan melayarkan kapal hanya dengan bantuan tiupan angin.
Tugas pertama, menaikkan layar disempurnakan dengan baik. Ternyata ia bukan mudah apabila segala kudrat terpaksa dikerah untuk menarik tali layar.
Calang-calang orang, tidak terdaya untuk menarik layar seberat tiga tan metrik.
Sejurus layar dinaikkan, kapal meluncur agak konsisten dengan kelajuan purata antara 2 hingga 3 knot.
Sehinggalah muncul cubaan pertama apabila tiupan angin berubah hala menyebabkan kedudukan layar utama juga terpaksa dialihkan.
Di sini kepantasan menarik tali layar diperlukan bagi memastikan perjalanan kapal mengikut haluan.
Belum hilang penat menarik tali layar, muncul pula ujian kedua apabila kapal terhenti dan penunjuk kelajuan tertera angka 0.00 knot, tiada langsung tiupan angin.
Ketika inilah perasaan wartawan bercampur baur. Riak wajah mula gelisah. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
Begitupun nasib menyebelahi mereka apabila tidak lama kemudian angin kembali menggerakkan kapal walaupun pada tahap kelajuan minimum iaitu 1 hingga 1.5 knot sahaja.
Masalah angin yang berubah hala di selang seli dengan ketiadaan langsung tiupan angin terpaksa diharungi sepanjang pelayaran ke RLYC.
Tidak cukup dengan itu, pasukan wartawan berdepan dengan satu lagi ujian apabila kapal melalui perairan cetek iaitu hanya satu meter.
Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa tidak sampai setengah jam jika menggunakan enjin, wartawan harungi hampir satu setengah jam.Walaupun keletihan, ia satu pengalaman yang menarik bagi wartawan kerana dapat menyelami cabaran sebenar yang dihadapi oleh peserta RLIR 2005 awal bulan depan.
04 - 10 JAN 2009
WEATHER
2008 RESULTS
REGATTA PRESS
POST-REGATTA
NEWSLETTER
ABOUT
Royal Langkawi International Regatta 2008 is organized and hosted by the Royal Langkawi Yacht Club.
Email us at
office(at)langkawiregatta.com
Jalan Dato Syed Omar
07000 Kuah, Langkawi
Kedah, Malaysia
Tel +60 4 966 4078
Fax +60 4 966 5078